ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXV - SYURAKH ( INTERPLEADER )



Seksyen 187. Pendengaran.

Semasa pendengaran Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah bagi penyatuan dan pengendalian lanjut semua prosiding yang berkaitan sebagaimana yang difikirkan patut. Mahkamah khususnya boleh membuat suatu perintah yang menyatakan bahawa pemohon, selepas menguruskan harta dalam pertikaian sebagaimana yang diperintahkan oleh Mahkamah dibebaskan dari prosiding itu dan kosnya dibayar daripada wang atau harta dalam pertikaian atau mengikut apa-apa cara lain sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah, atau Mahkamah boleh memutuskan semua perkara dalam pertikaian secara terus.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.