ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN V - NAFKAH TANGGUNGAN



Seksyen 95. Orang dhaif dan berpenyakit.


(1) Sesiapa yang tiada dapat menanggung dirinya kerana keuzuran atau berpenyakit, maka bolehlah dengan membuat permohonan ke Mahkamah Kadi mendapat perintah ke atas mana-mana orang mengikut Hukum Syara' yang wajib menanggungnya membayar daripada satu masa ke satu masa sebanyak mana nafkahnya yang patut.

(2) Ketiadaan jalan pendapatan bagi orang yang kena tuntut itu akan menjadi alasan untuk menolak permintaan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.