ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI - MENGENAI RAYUAN-RAYUAN KE JAWATANKUASA ULANG BICARA



Seksyen 138. Kebenaran khas merayu di dalam kes-kes yang tertentu.

Pengerusi Jawatankuasa Ulang Bicara bolehlah atas permohonan mana-mana orang yang ingin merayu yang dihalangi daripada berbuat demikian atas alasan dia tidak menurut mana-mana peraturan atau mana-mana keperluan Enakmen ini, memberi kebenaran khas untuk merayu dengan syarat-syarat yang ditetapkan dan dengan memberi arahan-arahan kepada Kadi dan kepada pihak-pihak yang Pengerusi berkenaan memandang perlu, supaya keadilan yang sepenuhnya dapat dilaksanakan dalam perkara itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.