ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN



Seksyen 59. Makanan yang diharamkan.

(1) Sesiapa yang memakan apa-apa jenis makanan yang diharamkan oleh agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan.

(2) Sesiapa yang menjual atau menyedia atau mengedarkan apa-apa jenis makanan atau daging haram atau tidak secara halal mengikut agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Sesiapa yang memaparkan tanda halal pada makanan atau minuman yang haram atau tidak secara halal adalah melakukan suatu kesalahan.

(4) Sesiapa yang melakukan apa-apa perkara yang menjadi kesalahan di bawah sub-seksyen (1) atau (2) atau (3) boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(5) Sesiapa menyalahi Hukum Syarak, melakukan penyembelihan apa-apa jenis binatang yang dihalalkan oleh Hukum Syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(6) Sesiapa yang menyembelih apa-apa binatang halal untuk tujuan jualan tanpa mendapat kebenaran atau perakuan bertulis dari Majlis adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(7) Sesiapa yang menyalahgunakan atau membiarkan disalahguna perakuan atau kebenaran penyembelihan binatang yang dihalal adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.