ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 85. Menggantung pembicaraan jika pendakwaan terhadap kesalahan yang diubah memerlukan ketetapan dahulu.

Jika kesalahan yang dinyatakan dalam pertuduhan baharu atau yang diubah atau yang ditambah itu adalah suatu pendakwaan yang memerlukan ketetapan diperolehi dahulu daripada Pendakwa, maka kes itu tidaklah boleh diteruskan pembicaraan sehingga diperolehi ketetapan itu, kecuali dan melainkan ketetapan untuk pendakwaan itu telah diperolehi atas keterangan-keterangan yang sama dengan asas pertuduhan yang baharu atau yang dipinda itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.