ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM
BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK, DAN ORANG LAIN
Seksyen 77. Kewajipan menanggung nafkah kanak-kanak yang diterima sebagai ahli keluarga.
(1) Jika seseorang telah menerima seseorang kanak-kanak yang bukan anaknya sebagai seorang ahli keluarganya, maka adalah menjadi kewajipannya menanggung nafkah anak-anak itu semasa dia masih seorang kanak-kanak, setakat mana bapa dan ibu kanak-kanak itu tidak berbuat demikian, dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang perlu bagi memastikan kebajikan kanak-kanak itu.
(2) Kewajipan yang ditanggungkan oleh subseksyen (1) hendaklah terhenti jika kanak-kanak itu dibawa pergi oleh bapa atau ibunya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.