ENAKMEN 17 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN IX - PENALTI



Fasal 132. Persetubuhan luar nikah antara orang yang bercerai.

(1) Seseorang lelaki yang, setelah menceraikan dengan sah isterinya, bersekedudukan semula dengannya tanpa terlebih dahulu ruju’ yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

(2) Jika isterinya itu tidak tahu pada masa persekedudukan semula itu tentang telah berlakunya perceraian itu, maka suami itu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

(3) Seseorang perempuan yang bersubahat melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.