ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI MELAKA) 2005
BAHAGIAN II - PEWUJUDAN WAKAF
Seksyen 10. Sekatan ke atas wakaf khas.
Sesuatu wakaf khas yang dibuat selepas mula berkuatkuasanya Enakmen ini hendaklah batal dan tidak sah melainkan jika—
(
a
) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis, dengan nyata memperkenankan dan mengesahkannya; atau
(
b
) Ia telah dibuat semasa
waqif
dalam keadaan
marad-al-maut
dan kemudiannya meninggal dunia akibat sakit itu dan dengan syarat ia telah dibuat melalui
sighah
di hadapan dua orang saksi.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.