ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XIV - DARIHAL HUKUMAN DAN PERLAKSANAANNYA



Seksyen 132. Mula berkuatkuasa hukuman penjara di atas banduan yang sedang menjalani hukuman penjara.

(1) Jika seseorang itu sedang menjalani hukuman penjara, hukuman penjara itu hendaklah bermula sama ada dengan serta-merta atau bila berakhirnya hukuman penjara di mana dia telah dihukum terlebih dahulu, sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah yang menjatuhkan hukuman itu.

(2) Tiada apa-apa pun dalam subseksyen (1) boleh diambil untuk melepaskan mana-mana orang dari mana-mana bahagian hukuman yang mana dia adalah liable atas sabitannya yang dahulu atau kemudian.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.