ENAKMEN 1 TAHUN 1989
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM PULAU PINANG 1989

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"Jemaah" ertinya Jemaah Pengurusan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 5 Enakmen ini;

"Lembaga" ertinya badan yang didirikan oleh Majlis Raja-Raja yang dikenali sebagai "Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam";

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam yang dibentukkan di bawah seksyen 10 Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1959;

"Nazir Sekolah Islam" ertinya Nazir yang dilantik di bawah seksyen 17 Enakmen ini;

"Pendaftar" ertinya Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 3 Enakmen ,ini, dan termasuklah Timbalan-timbalan Pendaftar; dan

"Sekolah Islam" ertinya mana-mana Sekolah Agama lslam di dalam Negeri dan termasuklah masjid, madrasah, surau, Pusat Islam, balaisah, pondok dan tadika, tetapi tidak termasuk mana-mana sekolah Agama Islam yang berada di bawah kawalan Kementerian Pendidikan, dimana dua puluh orang atau lebih ada didaftarkan untuk mempelajari atau akan diajari mata-mata pelajaran yang termasuklah mana-mana mata pelajaran yang berhubungandengan agama Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.