ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN MARUAH AGAMA DAN INSTITUSINYA



Seksyen 17. Mengeji atau menghina undang-undang.

Sesiapa yang mengeji atau menghina mana-mana undang-undang yang berkaitan dengan Agama Islam yang berkuatkuasa di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.