ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 89. Perbicaraan bagi lebih daripada satu kesalahan.

(1) Jika kesalahan-kesalahan itu adalah satu siri perbuatan yang amat berkaitan di antara satu dengan yang lain sehingga menjadikan urusan yang sama, orang yang dituduh boleh dipertuduhkan dan dibicarakan dalam satu perbicaraan bagi tiap-tiap kesalahan itu.

(2) Jika perbuatan yang dikatakan menjadi satu kesalahan yang termasuk di dalam dua atau lebih difinasi berasingan mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa yang mana kesalahan telah didefinisikan atau boleh dihukum, orang yang dituduh terhadapnya boleh dituduh dengan dan dibicarakan dalam satu perbicaraan bagi tiap-tiap kesalahan itu.

(3) Jika beberapa perbuatan yang mana satu ataupun lebih daripada satu boleh dengan sendiri atau kesemuanya menjadi satu kesalahan, dan menjadi kesalahan yang lain apabila kesemuanya dicampurkan, orang yang dituduh di atas kesalahan-kesalahan itu bolehlah dituduh dan dibicarakan dalam satu perbicaraan bagi kesalahan yang terjadi daripada perbuatan-perbuatan yang dicampurkan itu, atau bagi mana-mana juga kesalahan yang terjadi daripada salah satu ataupun lebih perbuatan-perbuatan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.