ENAKMEN 18 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI JOHOR) 2003
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH AM
Fasal 11. Bila fakta boleh menjadi qarinah.
Fakta menjadi qarinah –
(a)
jika ianya tak konsisten dengan mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan;
(b)
jika dengan sendirinya atau berkaitan dengan fakta lain, ia menjadikan kewujudan atau ketakwujudan mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan amat barangkali atau amat tak barangkali.
MISALAN
(a)
Soalnya ialah sama A ada melakukan suatu jenayah di Kuala Lumpur pada suatu hari tertentu.
Fakta bahawa pada hari itu A berada di Ipoh ialah
qarinah
.
Fakta bahawa hampir dengan masa berlakunya jenayah itu A berada jauh dari tempat dimana jenayah itu dilakukan, yang menjadikannya amat tak barangkali, walaupun tak mustahil, bahawa dia telah melakukan jenayah itu, ialah
qarinah
.
(b)
Soalnya ialah sama ada A telah melakukan suatu jenayah.
Hal keadaannya sebegitu rupa sehingga menunjukkan bahawa jenayah itu pasti telah dilakukan sama ada oleh A, B, C atau D. Tiap-tiap fakta yang menunjukkan bahawa jenayah itu tak mungkin telah dilakukan oleh seseorang lain dan bahawa ia tidak dilakukan sama ada oleh B, C atau D, ialah
qarinah
.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.