ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN



Seksyen 65. Menghina pihak berkuasa agama.


Sesiapa yang mengingkari, melanggar, membantah atau mengeji (selain dari menjalankan hak membuat rayuan) kewibawaan dan titah perintah yang sah daripada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, perintah Majlis, mana-mana Jawatankuasa Majlis pegawai mana-mana Mahkamah Syariah atau mana-mana pegawai agama, adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.