ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 60. Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan nafkah bagi orang-orang tertentu.

Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana orang yang bertanggungan tentang hal itu mengikut Undang-Undang Islam supaya membayar nafkah kepada seorang lain jika dia tak berupaya, sepenuhnya atau sebahagiannya, dari mencari kehidupan oleh sebab kerosakan mental atau jasmani atau tidak sihat yang berlarutan dan Mahkamah berpuas hati bahawa memandang kepada kemampuan orang yang pertama tersebut itu adalah munasabah memerintahkan sedemikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.