ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXIX - KOS, ELAUN DAN FEE MAHKAMAH



Seksyen 218. Jaminan untuk kos.

Seorang plaintif yang berada di luar Malaysia boleh diperintah memberi jaminan bagi kos, dan jika ia gagal memberi jaminan itu tindakannya boleh dibuang. Seksyen ini dipakai juga kepada seorang penuntut balas. Apabila cagaran bagi kos diperintah, ianya boleh diberi kepada pihak satu lagi ataupun kepada Mahkamah mengikut pilihan orang yang memberi jaminan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.