ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996
BAHAGIAN VIII - PERKARA AM
Seksyen 218. Menandatangani afidavit.
(1) Tertakluk kepada kaedah-kaedah yang dibuat oleh Mahkamah, mana-mana afidavit boleh digunakan di Mahkamah jika ia adalah afidavit bersumpah yang disumpah -
(a)
di Malaysia di hadapan mana-mana Hakim, Kadi, atau Pendaftar;
(b)
di Singapura atau di Brunei Darussalam di hadapan mana-mana Hakim atau Kadi;
(c)
di tempat-tempat lain di hadapan mana-mana pegawai beragama Islam yang menjalankan tugas konsul bagi pihak Kerajaan Malaysia.
(2) Mahkamah hendaklah memberi pengiktirafan kehakiman kepada meterai atau tandatangan mana-mana Hakim, Kadi, Pendaftar atau pegawai konsul yang dicatatkan atau dinamakan dalam mana-mana afidavit itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.