ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2 - QARINAH
Iqrar



Seksyen 18. Syarat Iqrar.

(1) Pembuat iqrar hendaklah seorang yang akil baligh.

(2) Kecuali diperuntukkan sebaliknya iqrar berikut adalah tidak boleh diterima-

(3) Iqrar seorang kanak-kanak mumaiyiz yang telah diberi kebenaran oleh wali atau penjaganya untuk menjalankan perniagaan dan berurusan dengan orang ramai hendaklah dianggap sebagai iqrar seorang dewasa untuk maksud seksyen ini dan iqrar itu hendaklah diterima sebagai sah.

Huraian - Iqrar oleh kanak-kanak tersebut yang telah diberi kebenaran untuk menjalankan perniagaan dan berurusan dengan orang ramai hendaklah dianggap sebagai iqrar seorang dewasa dalam hal berkaitan dengan perniagaan dan urusan seperti hutang, amanah, 'ariyah, mudharabah, ghash dan sebagainya, akan tetapi tidak boleh diterima di dalam urusan seperti mahr, jinayat (kesalahan yang boleh didenda) dan kifalah (keselamatan).

(4) Pihak yang mendapat faedah daripada iqrar tidaklah disyaratkan seorang yang akil baligh.

Huraian - Jika seseorang pembuat iqrar berkata sesuatu benda atau harta itu adalah bagi faedah seseorang kanak-kanak kecil yang belum mumaiyiz, iqrar itu adalah boleh diterima dan pembuat iqrar itu adalah terikat dengan iqrarnya.

(5) Sesuatu iqrar hendaklah dibuat dengan rela hati tanpa paksaan.

(6) Pembuat iqrar hendaklah terdiri daripada orang yang tidak ditahan daripada menguruskan hartanya (mahjur 'alaih).

(7) Iqrar yang dibuat dalam keadaan mabuk tidak boleh diterima dalam kes-kes yang boleh dikenakan hukuman hudud.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.