ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 100. Had kuasa bagi penjaga yang dilantik oleh Mahkamah.

(1) Seseorang penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak belum dewasa yang dilantik oleh Mahkamah tidak boleh-

tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Mahkamah.

(2) Apa-apa pelupusan harta seseorang kanak-kanak belum dewasa yang bersalahan dengan seksyen ini boleh ditetapkan sebagai tak sah, dan atas penetapan itu Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang ternampak kepadanya perIu untuk mengembalikan harta yang dilupuskan itu kepada kanak-kanak belum dewasa itu.

(3) Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perintah di bawah subseksyen (2) melainkan jika perlu atau baik bagi kepentingan kanak-kanak belum dewasa itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.