ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2004
BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Hadhanah atau Penjagaan Kanak-kanak
Seksyen 102. Perintah larangan oleh Mahkamah.
(1) Walau apapun peruntukan-peruntukan seksyen 91, Mahkamah boleh, jika ia fikirkan perlu berbuat demikian, membuat suatu perintah melarang bapa atau datuk lelaki di sebelah bapa seorang kanak-kanak atau wasi-wasi mereka masing-masing atau wasi-wasi kepada wasi-wasi mereka masing-masing dari-
(
a
) menjual, menggadaikan, menggadai janji, menukar, ataupun dengan cara lain melepaskan milik mana-mana harta alih atau harta tak alih kanak-kanak itu; atau
(
b
) memajakkan mana-mana tanah kepunyaan kanak-kanak itu selama tempoh lebih daripada satu tahun,
tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Mahkamah.
(2) Apa-apa pelupusan harta seseorang kanak-kanak bersalahan dengan perintah itu boleh ditetapkan sebagai tak sah, dan atas penetapan itu Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya perlu untuk mengembalikan harta yang dilupuskan itu kepada kanak-kanak itu.
(3) Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perintah di bawah subseksyen (2) melainkan jika perlu atau baik bagi kepentingan kanak-kanak itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.