ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990
BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2 - QARINAH
Iqrar
Seksyen 9. Fakta perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan fakta yang ada hubungan.
Fakta yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan sesuatu fakta persoalan atau fakta yang ada hubungan, atau yang menyokong atau mematahkan sesuatu inferens yang dibayangkan oleh sesuatu fakta persoalan atau fakta yang ada hubungan, atau yang menentukan identiti sesuatu atau seseorang yang identitinya ada hubungan, atau yang menetapkan masa atau tempat di mana sesuatu fakta persoalan atau fakta yang ada hubungan telah berlaku, atau yang menunjukkan hubungan pihak-pihak yang olehnya sesuatu fakta itu ditransaksikan, adalah qarinah setakat mana fakta-fakta itu adalah perlu bagi maksud itu.
MISALAN
(a)
Soalnya ialah sama ada sesuatu dokumen tertentu adalah wasiat
A
.
Keadaan harta
A
dan keadaan keluarganya pada tarikh wasiat yang dikatakan itu boleh menjadi qarinah.
(b)
A
dituduh melakukan sesuatu jenayah.
Fakta bahawa tidak lama selepas sahaja jenayah itu berlaku,
A
telah melarikan diri dari rumahnya adalah qarinah di bawah seksyen 8 sebagai kelakuan kemudian daripada dan terlibat dengan fakta persoalan.
Fakta bahawa pada waktu ia meninggalkan rumahnya itu ia ada mempunyai urusan yang tiba-tiba dan segera di tempat ia pergi itu adalah qarinah sebagai berkemungkinan menghuraikan fakta bahawa dia telah meninggalkan rumahnya dengan tiba-tiba.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.