ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MENYIASAT
BAB VI



Seksyen 54. Penerimaan salinan maklumat yang diakui sah sebagai keterangan.

Dalam mana-mana prosiding di bawah Kanun ini, satu salinan Borang 5 yang mengandungi sesuatu maklumat yang dituliskan di bawah seksyen 53, dan yang disebutkan sebagai disahkan sebagai salinan yang sebenar oleh seorang Pegawai Penguatkuasa Agama hendaklah diterima sebagai keterangan mengenai kandungan salinan asal itu dan mengenai waktu, tempat dan bagaimana maklumat itu telah direkodkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.