ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN



Seksyen 52. Ajaran salah.

Sesiapa yang mengajar atau menjelaskan kepada seseorang atau mana-mana tempat awam sesuatu istiadat atau sesuatu perbuatan yang bertentangan dengan Hukum Syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, dan segala dokumen bertulis dan barang yang berkaitan dengan ajaran salah itu hendaklah dirampas dan dimusnahkan sebagaimana diarahkan oleh Mahkamah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.