ENAKMEN 17 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Fasal 5. Ciri-ciri bagi memutuskan sama ada seseorang itu orang Islam.

Jika bagi maksud-maksud Enakmen ini timbul apa-apa soal tentang sama ada seseorang itu orang Islam, soal itu hendaklah diputuskan mengikut ciri-ciri reputasi am, tanpa membuat apa-apa percubaan untuk mempersoalkan keimanan, kepercayaan, kelakuan, perangai, watak, perbuatan atau kemungkiran orang itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.