ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 2004

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
Penubuhan dan Bidang Kuasa



Seksyen 19. Keanggotaan Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Sesuatu rayuan dalam Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah didengar dan diselesaikan oleh seorang pengerusi dan dua orang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dilantik di bawah seksyen 6(1) sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Hakim Syar' ie.

(2) Walau apapun seksyen 6, Ketua Hakim Syar'ie Negeri boleh melantik mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk menjadi seorang anggota Mahkamah Rayuan Syariah bagi mana-mana prosiding yang tertentu jika Ketua Hakim Syar'ie Negeri berpendapat wajar berbuat demikian, dengan syarat hendaklah tidak termasuk Hakim Syar'ie yang membicarakan atau membuat keputusan tentang kes yang dirayu.

(3) Ketua Hakim Syar'ie Negeri hendaklah menjadi Pengerusi tiap-tiap prosiding Mahkamah Rayuan Syariah, melainkan-

Ketua Hakim Syar'ie Negeri hendaklah melantik Hakim yang paling kanan antara Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah atau Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, untuk menjadi pengerusi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.