ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XII - CARA MENGAMBIL DAN MEREKODKAN KETERANGAN



Seksyen 119. Penterjemahan keterangan kepada orang yang dituduh.

(1) Jika mana-mana keterangan diberi dalam bahasa atau isyarat yang tidak boleh difahami oleh orang yang dituduh itu, dan dia hadir dengan sendirinya, keterangan itu hendaklah diterjemahkan kepadanya dalam Mahkamah terbuka dalam bahasa di mana dia memahaminya.

(2) Jika dokumen-dokumen dikemukakan bagi tujuan pembuktian formal, ia hendaklah atas budibicara Mahkamah untuk diterjemahkan sejauh mana yang didapati perlu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.