ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 82. Mahkamah boleh meminda atau menambah pertuduhan.

(1) Mahkamah boleh meminda atau menambah mana-mana pertuduhan pada bila-bila masa sebelum penghakiman diumumkan.

(2) Tiap-tiap pindaan atau tambahan itu hendaklah dibaca dan diterangkan kepada orang yang dituduh.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.