ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN II
PIHAK BERKUASA DALAM HAL-HAL AGAMA



Seksyen 35. Fatwa.

(1) Mufti hendaklah, atas perintah Yang di-Pertua Negeri, dan atas permintaan mana-mana orang yang dibuat melalui surat yang ditujukan kepada Mufti, membuat dan menerbitkan dalam Warta sesuatu fatwa atau pendapat atas apa-apa soalan yang belum diselesaikan atau yang menimbulkan pertikaian mengenai dengan Hukum Syarak.

(2) Tiada pernyataan yang dibuat oleh Mufti boleh diambil sebagai fatwa melainkan jika dan sehingga ia diterbitkan dalam Warta menurut subseksyen (1).

(3) Apabila diterbitkan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat tiap-tiap orang Islam yang bermastautin di Negeri Sabah sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi kewajipannya disisi agama untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu, melainkan jika dia dibenarkan oleh Hukum Syarak tidak mengikut fatwa itu dalam perkara-perkara amalan, kepercayaan, atau pendapat peribadi.

(4) Sesuatu fatwa hendaklah diiktirafkan oleh semua Mahkamah dalam Negeri Sabah sebagai sahih mengenai semua perkara yang dinyatakan didalamnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.