ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 58. Hak terhadap mas kahwin dsb. tidak akan tersentuh.


Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini boleh menyentuh apa-apa hak yang mungkin ada pada seseorang isteri di bawah Hukum Syara' terhadap mas kahwinnya dan pemberian kepadanya atau apa-apa bahagian daripadanya apabila perkahwinannya dibubarkan.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.