BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM BAB 1 PROSIDING INTERLOKUTORI
Salinan asal apa-apa dokumen yang hendak digunakan sebagai keterangan dalam prosiding berhubungan dengan permohonan itu hendaklah, jika dokumen itu boleh didapati, dibawa, dan salinan mana-mana dokumen itu atau mana-mana bahagian dokumen itu hendaklah dibekalkan bagi kegunaan Mahkamah dan diberikan kepada pihak-pihak lain dalam prosiding itu.