ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005
BAHAGIAN VII - PENGURUSAN WAKAF
Seksyen 34. Majlis hendaklah memastikan orang atau ejen melaksanakan kewajipan.
Majlis hendaklah memastikan orang atau ejen yang dilantik di bawah subseksyen 33(1)—
(a)
melaksanakan kewajipannya dengan usaha wajar sebagaimana seorang yang berhemat akan bertindak dengan sedaya upaya dan dengan kemahiran terbaik dan dengan setulus-tulusnya;
(b)
menguruskan dan membangunkan mana-mana
mawquf
demi kepentingan
mawquf-alaih
yang berkenaan; dan
(c)
setakat yang munasabah, menguruskan dan membangunkan mana-mana
mawquf
bagi memelihara dan menambah nilai
mawquf
itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.