ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVII - ORANG TAK SEMPURNA AKAL



Seksyen 216. Penghakiman pembebasan atas alasan gangguan mental.

Apabila mana-mana orang dibebaskan atas alasan bahawa pada masa dia dikatakan telah melakukan sesuatu kesalahan dia, atas sebab tidak sempurna akal, tidak boleh mengetahui jenis perbuatan yang dikatakan menjadi kesalahan atau ia adalah salah atau bertentangan dengan undang-undang, keputusan itu hendaklah menyatakan secara khusus sama ada dia telah melakukan perbuatan itu atau tidak.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.