ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN VIII - AM



Seksyen 220. Perintah bagi pembayaran pampasan.

(1) Mahkamah yang di hadapannya seseorang telah disabitkan atas apa-apa kesalahan boleh memerintahkan dia membayar sejumlah wang yang hendaklah ditetapkan oleh Mahkamah sebagai pampasan kepada mana-mana orang, atau kepada wakil mana-mana orang, yang telah mengalami bencana berkenaan dengan tubuh, watak atau hartanya oleh sebab kesalahan yang baginya sabitan itu telah dibuat.

(2) Mahkamah hendaklah menentukan orang yang kepadanya apa-apa jumlah wang berkenaan dengan pampasan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibayar dan seksyen 221 hendaklah terpakai bagi mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen ini.

(3) Setakat amaun yang telah dibayar kepada seseorang atau kepada wakil seseorang, di bawah suatu perintah bagi pampasan, apa-apa tuntutan orang atau wakil itu bagi kerugian yang dialami oleh sebab kesalahan itu hendaklah disifatkan telah dijelaskan, tetapi perintah bagi pembayaran itu tidaklah menjejaskan apa-apa hak kepada remedi sivil bagi mendapatkan apa-apa harta atau bagi mendapatkan ganti rugi yang melebihi amaun pampasan yang dibayar di bawah perintah itu.

(4) Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dirayukan kepada Mahkamah Tinggi Syariah dalam hal perintah yang dibuat oleh Mahkamah Rendah Syariah, dan kepada Mahkamah Rayuan Syariah dalam hal perintah yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.