ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
MESYUARAT MAJLIS



Seksyen 26. Susunan mesyuarat dan pengundian.

(1) Pengerusi mesyuarat hendaklah menentukan susunan acara mesyuarat dan boleh menentukan susunan berucap oleh ahli-ahli dan boleh, pada bila-bila masa, mengarahkan seseorang itu berhenti berucap.

(2) Pengerusi mesyuarat berhak mengundi dan jika pada mana-mana ketetapan terdapat sama banyak undinya maka pengerusi mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.