ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XXXI - RAYUAN



Seksyen 228. Rekod rayuan.

(1) Apabila pihak merayu telah memenuhi kehendak seksyen 226 dan 227 atau Mahkamah yang mendengar rayuan telah membenar pihak merayu untuk merayu sebagai seorang papa, Mahkamah di mana rayuan itu dibuat hendaklah menyediakan bilangan yang diperlukan bagi salinan rekod rayuan dan rekod itu hendaklah mengandungi salinan -
(2) Sebaik sahaja rekod rayuan siap disediakan Mahkamah dari mana rayuan dibuat hendaklah menyampaikan kepada pihak merayu notis dalam borang yang ditetapkan.

(3) Jika pihak merayu berpendapat bahawa mana-mana dokumen yang menjadi ekshibit adalah tidak perlu dimasukkan ke dalam rekod itu, ia hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari semua pihak kepada rayuan supaya dokumen itu digugurkan daripada rekod itu. Kebenaran bertulis itu hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar.

(4) Apabila diminta oleh pihak merayu dan jika bayaran yang tersebut di dalam seksyen 226 (5) tidak mencukupi, Pendaftar hendaklah setelah dijelaskan oleh pihak merayu bayaran selanjutnya bagi mencukupi kos penyediaan rekod rayuan itu -




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.