ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999
BAHAGIAN XXV - PELBAGAI
Seksyen 247. Kaedah-kaedah.
(1) Jawatankuasa Kaedah-kaedah Mahkamah Syariah boleh, membuat kaedah-kaedah, yang hendaklah disiarkan dalam
Warta,
bagi menjalankan peruntukan Enakmen ini, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu, kaedah-kaedah itu boleh, membuat peruntukan bagi-
(a)
tatacara dan amalan pejabat pendaftaran di Mahkamah Syariah;
(b)
fi, elaun dan kos yang kena dibayar berkenaan dengan prosiding di bawah Enakmen ini;
(c)
prosedur mengenai
sulh;
(d)
borang, buku akaun, laporan dan dokumen lain yang hendak digunakan berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau benda yang dilakukan di bawah atau menurut Enakmen ini; dan
(e)
perjalanan Mahkamah, bentuk dan kaedah pelaksanaan suratcara dan perlantikan pegawai atau ejen Mahkamah.
(2) Jawatankuasa Kaedah-kaedah boleh meminda Jadual Kedua dan Ketiga melalui perintah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.