ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993
BAHAGIAN IX - KESALAHAN DAN PENALTI
Seksyen 64. Pecah kepercayaan.
(1) Mana-mana orang terkelas yang dengan melanggari seksyen 14-
(a) menyampaikan bahan terkelas kepada seorang lain; atau
(b) membenarkan seorang lain supaya dapat ekses ke bahan terkelas,
adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.
(2) Dalam seksyen ini "bahan terkelas" dan "orang terkelas" mempunyai erti yang sama seperti dalam seksyen 14.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.