ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2 - QARINAH
Kenyataan yang dibuat dalam keadaan khas.



Seksyen 25. Qarinahnya kenyataan tentang fakta awam yang terkandung di dalam sesuatu Akta, Ordinan atau pemberitahuan.

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang wujudnya sesuatu fakta mengenai perkara awam, apa-apa kenyataan mengenai fakta itu yang dibuat di dalam sesuatu sebutan permulaan yang terkandung di dalam sesuatu Akta, Ordinan atau Enakmen, atau di dalam pemberitahuan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri yang tersiar di dalam Warta Kerajaan Persekutuan atau Negeri, adalah qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.