ENAKMEN 11 TAHUN 2004
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 2004
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Iqrar
Seksyen 18. Kebolehterimaan iqrar.
(1)
Iqrar
yang berikut tidak boleh diterima -
(a)
iqrar
seseorang yang tidak
'aqil
baligh;
(b) tertakluk kepada subseksyen (2),
iqrar
orang belum dewasa;
(c)
iqrar
orang gila atau orang terencat akal (
ma'tuh
);
(d)
iqrar
wali atau penjaga yang dibuat bagi pihak seseorang yang di bawah jagaan atau tanggungjawabnya;
(e)
iqrar
yang tidak dibuat secara sukarela; atau
(f)
iqrar
seseorang yang dihalang di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk mentadbirkan hartanya (
Makjur 'alaih
)
(2)
Iqrar
yang dibuat oleh seseorang orang belum dewasa yang
mumaiyiz
yang telah dibenarkan oleh
wali
atau penjaganya untuk menjalankan apa-apa perniagaan atau urusan boleh diterima setakat yang
iqrar
itu adalah berhubungan dengan perniagaan atau urusan itu.
(3) Pihak yang mendapat faedah daripada apa-apa
iqrar
tidaklah semestinya seorang yang '
aqil baligh.
Huraian
- Jika orang yang membuat
iqrar
menyatakan bahawa barang atau harta adalah bagi faedah orang belum dewasa yang belum
mumayyiz
,
iqrar
nya boleh diterima dan orang yang membuat
iqrar
itu adalah terikat pernyataannya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.