ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XVI - PENGHAKIMAN DAN PERINTAH



Seksyen 136. Penyampaian perintah.

(1) Tiap-tiap penghakiman atau perintah yang menghendaki mana-mana orang melakukan apa-apa perbuatan selain daripada pembayaran wang hendaklah menyatakan masa dalam mana perbuatan itu mesti dilakukan; jika masa tidak dinyatakan, perbuatan itu hendaklah dilakukan dalam tempoh 7 hari dari tarikh penghakiman atau perintah itu.

(2) Jika orang yang dikehendaki melakukan perbuatan itu hadir sendiri atau diwakili oleh peguam syarienya bila penghakiman atau perintah diberi atau dibuat, salinan penghakiman atau perintah itu tidaklah perlu disampaikan kepadanya.

(3) Jika orang itu tidak hadir sendiri atau tidak diwakili, tiada prosiding untuk tangkapan atau pengkomitannya boleh diambil melainkan telah disampaikan kepadanya satu salinan penghakiman atau perintah dalam Borang MS 28.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.