ENAKMEN 4 TAHUN 2001
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN XXI - KUASA HAKIM DAN PENDAFTAR



Seksyen 210. Rayuan kepada Hakim di dalam Kamar terhadap penghakiman, dsb., Pendaftar.

(1) Sesuatu rayuan boleh dibuat kepada seorang Hakim di dalam Kamar terhadap apa-apa penghakiman, perintah atau keputusan Pendaftar.

(2) Rayuan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dengan menyampaikan kepada setiap pihak lain dalam prosiding itu yang penghakiman, perintah atau keputusan mengenainya telah diberikan suatu notis dalam Borang MS 51untuk hadir di hadapan Hakim pada hari yang dinyatakan dalam notis itu.

(3) Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, notis itu hendaklah difailkan dalam masa tujuh hari selepas penghakiman, perintah atau keputusan yang dirayukan itu diberikan atau dibuat dan hendaklah disampaikan tidak kurang daripada dua hari genap sebelum hari yang ditetapkan untuk pendengaran rayuan itu.

(4) Kecuali sebagaimana yang diarahkan selainnya oleh Mahkamah, suatu rayuan di bawah seksyen ini tidak boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan prosiding yang dalamnya rayuan itu dibawa.

(5) Keputusan Hakim di dalam Kamar adalah muktamad.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.