ENAKMEN 12 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 124. Poligami tanpa kebenaran Mahkamah.

Seseorang lelaki yang berkahwin lagi di mana-mana tempat dalam masa perkahwinannya masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Mahkamah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua denda dan pemenjaraan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.