ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Perintah supaya Hidup Bersama Semula



Seksyen 118. Permohonan oleh isteri yang ditinggal langsung.

Jika seseorang telah tidak lagi bersekedudukan dengan isterinya mengikut cara yang dikehendaki oleh Hukum Syara', isteri itu boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan perintah supaya orang itu hidup bersama semula dengan isterinya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.