ENAKMEN 13 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1984

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Bab 1 - Kesahtarafan Anak



Seksyen 106. Siapakah yang dikaitkan sebagai bapa

Jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seseorang lelaki melahirkan seorang anak enam bulan qamariah atau lebih dari tarikh perkahwinannya itu atau dalam masa empat tahun qamariah selepas perkahwinannya itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu atau oleh sebab perceraian, dan perempuan itu pula tidak berkahwin lain, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu, tetapi lelaki itu boleh, dengan cara li'an atau kutukan, menafikan anak itu sebagai anaknya di hadapan Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.