ENAKMEN 13 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 8 - DARIHAL HUKUMAN DAN PELAKSANAANNYA



Seksyen 126. Peruntukan tentang hukuman denda

(1) Jika apa-apa denda dikenakan maka, sekiranya tiada apa-apa peruntukan yang memperuntukkan pengenaannya, peruntukan yang berikut hendaklah terpakai:

(2) Waran untuk melevikan sesuatu denda boleh dilaksanakan di mana-mana tempat di Malaysia, tetapi jika waran itu dikehendaki dilaksanakan di luar Negeri Sembilan, waran itu hendaklah diendorskan bagi maksud itu oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.