ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXVIII - WANG, KUMPULAN WANG PELABURAN DAN HARTA DALAM MAHKAMAH



Seksyen 207. Kumpulan wang tidak dituntut.

(1) Kumpulan wang dan wang di dalam Mahkamah yang tidak dituntut selepas 15 tahun hendaklah, kecuali jika Mahkamah mendapat notis mengenai mana-mana tuntutan terhadapnya oleh seorang yang belum dewasa atau seorang yang tidak siuman, menjadi harta Baitulmal dan hendaklah seterusnya dibayar kepada Baitulmal.

(2) Jika ada apa-apa tuntutan dibuat terhadap kumpulan wang atau wang ini selepas daripada itu Mahkamah boleh menurut budi bicaranya untuk sama ada memerintahkan dibayar jumlah tuntutan itu ataupun nilainya kepada penuntut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.