ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 98. Penjaga tidak boleh memberi akuan penyelesaian mengenai harta modal

Seseorang penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak yang dilantik oleh Mahkamah tidak boleh, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya dalam apa-apa hal, diberi kuasa untuk memberi akuan penyelesaian yang sewajarnya bagi apa-apa legasi atau wang modal lain yang kena dibayar kepada atau boleh diterima oleh kanak-kanak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.