ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB II - KERELEVANAN FAKTA
Penghakiman Mahkamah bila Relevan



Seksyen 28. Penghakiman dahulu adalah relevan bagi melarang guaman atau perbicaraan yang kedua.

Wujudnya apa-apa penghakiman, perintah atau dekri yang di sisi undang-undang melarang mana-mana Mahkamah daripada mengambil tahu tentang sesuatu guaman atau daripada mengadakan sesuatu perbicaraan adalah suatu fakta relevan apabila soalnya ialah sama ada Mahkamah itu patut mengambil tahu tentang guaman itu ataupun mengadakan perbicaraan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.