ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB VIII - ADUAN KEPADA HAKIM



Seksyen 72. Pemeriksaan pengadu.

(1) Apabila seseorang Hakim mengambil ketahui akan suatu kesalahan yang diadukan, dia hendaklah serta merta memeriksa orang yang membuat aduan itu secara bersumpah mengikut Borang 7 dalam Jadual dan kandungan pengaduan itu hendaklah direkodkan dan hendaklah ditandatangani oleh pengadu itu dan juga oleh Hakim itu.

(2) Seksyen ini tidak terpakai bagi aduan mengenai suatu kesalahan jika saman diminta oleh seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang bertindak atas sifat jawatannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.