ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT



Seksyen 66. Laporan Pegawai Penguatkuasa Agama

(1) Tiap-tiap penyiasatan di bawah Bab ini hendaklah diselesaikan tanpa kelengahan yang tak perlu, dan sebaik sahaja ia diselesaikan pegawai yang membuat penyiasatan itu hendaklah, melainkan jika kesalahan itu adalah daripada jenis yang diarahkan oleh Ketua Pendakwa Syarie tidak perlu dilaporkan kepadanya, menghantar kepada Ketua Pendakwa Syarie suatu laporan yang menyatakan nama pihak-pihak, jenis maklumat, dan nama orang yang didapati mengetahui hal keadaan kes itu.

(2) Ketua Pendakwa Syarie boleh pada bila-bila masa melalui perintah bertulis mengarahkan bahawa tiada laporan perlu dihantar kepadanya dalam kes-kes daripada jenis yang dinyatakan dalam perintah itu, dan boleh pada bila-bila masa mengubah atau membatalkan perintah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.